Thursday 11 August 2016

Salam perkenalan

SELAMAT DATANG KE BLOG PROGRAM WAKAF SAMPAIKAN ILMU
Program ini kami anjurkan untuk mengajak anda semua berwakaf melalui platform yang kami sediakan ini.
Untuk fasa pertama, kami memilih set buku 'Mudahnya Ngaji Tajwid' & 'Soal Jawab Tajwid' untuk diwakafkan kepada sekolah-sekolah yang terpilih.
Set buku tersebut kami pilih kerana ianya terbukti dapat membantu guru-guru (Al-Quran & Tajwid) memperoleh idea atau kaedah yang mudah dan praktikal untuk mengajar ilmu tajwid & Al-Quran kepada para pelajar di sekolah.
Apa yang lebih penting, program ini dapat memberi ruang kepada anda semua membuat amal kebajikan dengan berWAKAF dan semoga ianya dapat menjana pahala yang banyak dan berterusan.
Dalam masa yang sama, pihak sekolah terutamanya guru-guru dan pelajar dapat memperoleh manfaat daripada set buku ini secara PERCUMA.
Untuk maklumat maklumat lanjut mengenai program ini, anda boleh menghubungi kami melalui:
Telefon/Whatsapp : 0174055261


No comments:

Post a Comment